TENTANG PORTAL ADUAN RASUAH
Portal Aduan Rasuah merupakan satu platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ianya dibangunkan khusus bagi membolehkan maklumat diurus dengan lebih cekap, teratur dan telus ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan maklumat di SPRM. Pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.

TENTANG MACCMobile
MACCMobile adalah satu platform alternatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyalur aduan rasuah dan salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Aplikasi mudah alih ini dapat membantu masyarakat untuk menyalurkan maklumat rasuah kepada pihak SPRM dengan lebih cepat dan tepat menggunakan teknologi terkini. MACCMobile menyediakan perkhidmatan semakan aduan rasuah bagi setiap aduan yang telah dihantar dan diterima oleh pihak SPRM. Ianya juga menyediakan informasi am SPRM untuk rujukan masyarakat.
Kod Bahasa Rasuah
Berjaga-jaga dengan kod bahasa yang melambangkan rasuah ini
"Tak boleh KAW TIM ke bro?"
"Tuan, ni saguhati untuk PELINCIR proses."
"Boleh la tuan, KASI SETTLE la?"
Maklumat Aduan Rasuah
Kami memerlukan maklumat ini untuk sebarang aduan rasuah
Siapa
Menyatakan siapakah identiti yang terlibat.
Bagaimana dilakukan
Bagaimanakah perlakuan tersebut dilakukan.
Dimana
Dimanakah lokasi kejadian perlakuan tersebut berlaku.
Apa yang berlaku
Keterangan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Bila
Tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku.
Kenapa dilakukan
Nyatakan kepentingan / keuntungan perlakuan tersebut dilakukan kepada pelaku.